Scroll Ke bawah untuk melanjutkan

TANGKAPAN TERBESAR OPS GEGAR IMIGRESEN DI PUSAT HIBURAN

Avatar photo

KUALA LUMPUR, (Flobamora-news.com), Sebanyak 246 warga asing termasuk enam warga tempatan ditahan karena diduga menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tiga buah pusat hiburan secara serentak di Jalan Klang Lama pada pagi ini (4/8/18).

Dalam Ops Gegar yang bermula jam 12 tengah malam itu, warga asing yang ditahan ialah 205 wanita dan 11 lelaki warga Thailand; tujuh wanita warga Laos; tiga lelaki warga Myanmar; tiga wanita warga Laos, tiga wanita warga Korea, 14 lelaki warga Bangladesh serta enam lelaki warga tempatan sebagai wakil majikan.

Advertisement
Scroll kebawah untuk lihat konten

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali berkata, seramai 427 orang diperiksa dalam operasi yang membabitkan 50 pegawai imigresen termasuk Mustafar yang mengetuai operasi berkenaan.

Baca Juga :  Promotor Elizabet Liu Perempuan Energik Asal Atambua Adakan Tinju Internasional di NTT

Kesemua warga asing yang ditahan bekerja sebagai pemain muzik, penari, penyanyi, pelayan pelanggan dan pekerja di premis berkenaan.

“Antara kesalahan mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salahguna pas,” katanya kepada media yang mengikuti operasi hari ini.

Mustafar berkata, pemeriksaan mendapati ada aktiviti kalungan bunga dan persembahan ‘cat walk’ di atas pentas di premis berkenaan.

IMG 20180806 WA0107 300x200

Bayaran bagi kalungan bunga adalah RM50, manakala mahkota dan jubah, masing-masing RM100 dan RM200.

“Ini merupakan antara tangkapan yang terbesar pada satu-satu masa dalam Ops Gegar sempena Ops Mega 3.0 yang dijalankan di seluruh negara.

Baca Juga :  Presiden Moon Jae-In Apresiasi Peran Indonesia Dalam Kerja Sama Indo-Pasifik

“Pelanggan akan memberikan tip kepada wanita yang dipilih oleh mereka dan selepas itu, mereka dibenarkan membawa keluar wanita berkenaan,” katanya.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.(Tim)